Program Partnership
- Daftar
- Terma & syarat
- Maklumat & bayaran
- Lengkapkan profil
- Dashboard
Sertai Program Partnership
Kongsi hasil jualan NatNetwork dan nikmati agihan berdasarkan nisbah modal yang ditetapkan kepada partner. Bersama-sama kita membina pertumbuhan yang berterusan.
- Agihan automatikSetiap kali jualan disahkan
- Pembayaran selamatMelalui Billplz yang dipercayai
- Penyata yang jelasLaporan lengkap dalam portal
Modal minimum
RM5,000 Bayaran selamat melalui BillplzTerma & syarat
Sila baca terma berikut sebelum meneruskan pendaftaran.
Terma dan Syarat Partnership (versi 1.1)
- Tujuan
Tawaran Partnership ini bertujuan mengumpul modal RM100,000 untuk penyediaan perkhidmatan server/domain/hosting bagi pelanggan. Tawaran ini tutup sebaik sahaja modal diperolehi mencukupi.
- Status penyertaan
Penyertaan ialah perkongsian hasil jualan NatNetwork selama 2 tahun dari tarikh daftar. Partner tidak memperoleh saham atau hak berkaitan pengurusan syarikat melainkan jika ada dinyatakan dalam perjanjian berasingan yang ditandatangani.
- Modal
Modal dikira aktif hanya selepas bayaran modal disahkan oleh pihak syarikat melalui semakan dan pengesahan bayaran Billplz. Amaun minimum tertakluk jumlah Ringgit Malaysia yang ditetapkan dan berhak diubah pihak syarikat mengikut keperluan. Modal tidak boleh dikeluarkan sebelum tempoh kontrak partnership tamat.
- Portal Partnership
Partnership diberi akses portal peribadi setelah bayaran modal diterima dan disahkan pihak syarikat. Portal ini mengandungi butiran berkaitan partnership seperti surat kontrak, rekod jualan dan bayaran pelanggan, rekod agihan keuntungan, statistik web dan sebagainya untuk rujukan partnership.
- Perkongsian hasil jualan
10% daripada setiap bayaran projek pelanggan yang disahkan akan diperuntukkan kepada pool partnership serta diagihkan mengikut nisbah modal aktif setiap partnership pada masa bayaran jualan diterima.
- Pengembalian bayaran (refund)
Jika bayaran projek pelanggan dikembalikan atas kelayakan tuntutan, maka agihan pool partnership berkaitan bayaran tersebut ditolak semula dari akaun partnership.
- Pengeluaran keuntungan
Perolehan keuntungan dibayar oleh pihak syarikat atas jumlah yang dimohon berdasarkan baki keuntungan semasa partnership. Bayaran hanya dibuat melalui pemindahan bank ke akaun atas nama yang didaftarkan dalam portal. Permohonan pengeluaran boleh dibuat bila-bila masa selagi baki keuntungan mencukupi.
- Risiko partnership
Pulangan bergantung kepada prestasi jualan sebenar dan tidak dijamin sentiasa positif. Pihak syarikat berusaha untuk berikan yang terbaik.
- Terma lain
Tempoh penyertaan, pengeluaran modal, cukai, pembubaran dan penyelesaian pertikaian tertakluk kepada perjanjian partnership yang tersedia dalam portal partnership.
Maklumat pendaftaran
Isi maklumat asas dan amaun modal. Maklumat IC dan akaun bank diisi selepas bayaran berjaya.
Sudah berdaftar? Log masuk Partnership